Tuesday, 29 March 2011

Analisis artikel ‘kesan kebiadapan di dunia siber’


Akhbar merupakan suatu alat yang amat penting di saentero dunia, waima di Malaysia sekalipun tidak terlepas daripada terkena tempias fenomena ini. Menurut tulisan Dr Jeniri Amir (2010) akhbar dapat bertindak sebagai alat untuk mempengaruhi rakyat kerana mempunyai kuasa yang amat kuat sebagai wahana maklumat. Walaubagaimanapun, perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Rahmat (2010) dalam tulisannya bahawa dunia tanpa sempadan sekarang telah menjadi lebih sinonim dengan dunia tanpa etika. Beliau menekankan bahawa terdapatnya elemen-elemen yang bertentangan dengan harapan kerajaan khususnya dalam konteks keharmonian sosial bagi masyarakat berbilang kaum. 

Perkara ini amat merupakan suatu yang yata dan bukanya sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang telah lama berkecimpung didalam dunia siber. Atas sebab-sebab ini para ramai penggamal media atas talian lebih gemar melakukan penulisan yang berbentuk provokatif untuk menarik minat para pembacanya. Melalui kaedah ini, ramai orang yang akan tertarik dengan corak penulisan penulis yang berani menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding media kontemparari terhadap sesuatu isu yang dikupaskan. Perkara ini sebenarnya telah pun ditegaskan hampir 1400 tahun yang lalu oleh Saidina Ali R.A. apabila beliau berkata kepalsuan bersistem itu dapat menewaskan kebenaran yang tidak bersistem.  

Satu kod etika yang jelas dan terang bagi para penggamal media alternatif perlu dikongsi bersama. Ini merupakan suatu keperluan bersama diantara penulis dan pembaca media alternatif di Malaysia. Melalui kod etika ini akan dapat menerapkan satu penulisan yang lebih berkaliber dan displin disamping dapat menghormati norma-norma batasan di alam maya. Tun Dr Mahathir (2010) berkata, kod etika merupakan peraturan asas untuk mendisplinkan diri setiap penulisa blog dan pada masa yang juga bertanggungjawab menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada rakyat di seluruh dunia. 

Oleh yang demikian, adalah dipercayai bahawa kerajaan semakin sedar akan impak yang berjaya dibawa oleh media alternatif ini. Pilihanraya Umum 2008 merupakan suatu bukti kepada manifestasi rakyat yang majoritinya telah membaca media arus perdana yang boleh dipertikai kesahihannya. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 2011 berkata bahawa agensi-agensi kerajaan boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada. Pihak terbabit ini sering menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan menerusi media Facebook, e-mail atau Tweeter. 

Isu ini bukanlah untuk menghalang kebebasan bersuara tetapi sebaliknya lebih kepada mendidik bagaimana menggunakan tuturcara yang betul dan sesuai. Pengamal media alternatif haruslah menjadi gergaji mata dua , tetapi bukanlah talam dua muka. Ini dijelaskan sekali lagi oleh Dr Jeniri Amir (2010) bahawa media harus berperanan sebgai rakan dalam membantu dan menyokong usaha kerajaan serta menjadi musuh yang berseteru dengan kerajaan jika mereka melaksanakan dasar yang merugikan rakyat. Tidak akan mati seseorang itu jika bertutur dengan berhemah dalam menasihati seseorang.         

No comments:

Post a Comment