Berlin pada 1945 bertukar dari kota metropolitan yang pesat di Eropah kepada pusat segala medan pentempuran dan rakyatnya tunduk mengharap belas kasihan dari pihak Berikat dan Kesatuan Soviet. Menyusuri sejarah, Fuhrer pada ketika ini dan juga isterinya telah pun membunuh diri untuk mengelak dari menerima nasib yang sama seperti El Duce Itali. Berakhirnya babak pada 1945 penduduk dunia mengharapkan sesuatu perubahan yang mendadak pada keamanan global. Walaubagaimanapun Uncle Joe tidak berkongsi pemikiran yang sama dengan rakan-rakan beliau dari Barat. Soviet telah mengadaikan hampir 20 juta nyawa manusia, beratus-ratus ribu ekar tanah tanaman, kilang-kilang, infrastruktur dan fasiliti lain untuk membawa Nasional Sosialis tersungkur buat selama-lamanya. Pembahagian Berlin hanya akan merugikan Uncle Joe dimasa hadapan dan akan menjadi pintu untuk rakyat disebalik tirai besi melangkah ke dunia kapitalis.
Cuba dengan melakukan pengepungan darat secara menyeluruh, Pengepungan Berlin telah menjadi suatu simbol penentangan yang pertama penduduk barat terhadap komunis Timur. ‘Berlin Airlift’ memainkan peranan yang utama dalam membekalkan keperluan asasi kepada penduduk Berlin Barat. Pengepungan yang memakan masa hampir satu tahun ini ternyata tidak dapat melunturkan semangat penduduk Berlin Barat untuk tunduk kepada desakan komunis.
Bermula pada awal 1960an pembinaan Tembok Berlin telah bermula dan menjadi satu agenda yang utama dalam memastikan kelangsungan politik di Eropah Timur. Penghijrahan secara besar-besaran penduduk dari Timur ke Barat telah merungsingkan Kremlin yang mana jika tidak dikawal akan melemahkan serta merobohkan terus Gergasi Merah ini. Ketika ini Khrushchev dan Pengerusi Parti Sosialis German Timur Walter Ulbricht berpendapat bahawa masanya telah sampai untuk menutup segala ruang-ruang yang membolehkan penghijrahan berskala besar ini terus berlaku.
Tembok Berlin melambangkan kegawatan, ketabahan, keberanian dan nilai pengorbanan mereka yang dahagakan Demokrasi dan untuk lari dari pemerintahan Totalitarian. Banyak nyawa yang melayang dalam usaha untuk membebaskan cengkaman dari Komunis Russia dan nyawa ini menjadi taruhan sama ada melalui periuk api atau muncung senapang pengawal peronda sempadan. Ditangkap bererti kemungkinan diseksa sampai mati oleh Stasi atau dihantar ke kem-kem buruh yang berselerakan di serata Soviet.
Hatta itu di Berlin dimana selepas perang dunia kedua, German dari lawan telah menjadi kawan kepada pihak barat yang lain dan tembok Berlin roboh pada 1989 dimana menandakan robohnya sekali tirai besi yang selama ini menghalang penyatuan diantara Eropah Timur dan Barat. Menongkah arus masa dan melihat pula pada situasi sekarang hampir 20 tahun kemudian di Timur Tengah terutamanya di Genting Gaza. Situasi yang hampir sama dapat dilihat apabila tembok pemisah didirikan untuk menghalang penduduk tempatan dari bergerak bebas di tanah mereka sendiri!
Menjadi mangsa pada sejarah yang dahulu, rejim Zionis mengaplikasikan sistem tembok Berlin di bumi Gaza. Menariknya namanya telah ditukar untuk menghalalkan matlamat yang hendak dicapai. Tembok yang dibina bukan sahaja terhad di Gaza tetapi juga merangkumi kawasan Palestin yang lain seperti di Tebing Barat. Pencabulan yang nyata oleh rejim yang biadap ini atas alasan untuk mengekang aktiviti dan kemasukkan pengganas kedalam kawasan rejim dan cuba unuk menaganggu-gugat serta mengoncang kestabilan kehidupan di sebalik tembok yang dibina oleh rejim.
Kepandiran rejim dengan menggunakan nama pengganas untuk mendapatkan semula tanah yang telah “dijanjikan” oleh tuhan mereka telah membuat ramai rakyatnya yang menyokong tindakan pandir ini. Rafael Industries merupakan pembuat senjata yang terulung dan terkemuka di muka bumi ini. Mossad merupakan agensi pengintipan yang terkenal dengan aktiviti subversif dan pembunuhan di seantero dunia. Rejim dapat menghasilkan senjata ‘corner shot’ dan berjaya melaksanakan operasi ‘Wrath of God’ tetapi tidak dapat mengekang manusia yang melilit bom dibadan mereka dan hanya nampak tembok pemisah sebagai satu-satunya jalan penyelesaian yang perlu direbut secepat mungkin.
Nampak agak drastik, tetapi itulah pemikiran rejim yang percaya dasar pengasingan atau seregrasi dapat menyelamat lebih banyak nyawa penduduk dan kepentingan rejim. Sasaran untuk mencapai matlamat Palestin merdeka nampaknya akan hanya menjadi jauh api dari arang. Sitausi sekarang diburukan lagi dengan pendedahan Wikileaks bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah membuat banyak kompromi dalam usaha untuk mencapai matlamat pendamaian (Roadmap for Peace) dengan regim. Sebahagian kawasan di Tebing Barat akan diserahkan kepada rejim untuk ‘keamanan yang berpanjangan’. Perlu diingatkan regim tidak akan rugi walau sesen pun jika Roadmap ini tidak terlaksana tetapi lain pula nadanya bagi PA. ini sekali lagi boleh dilihat sebagai memanifistasikan tindakan regim seolah-olah tembok yang dibina adalah berdasarkan kebenaran dan kerelaan dari PA sendiri!
Berlin dan Gaza pada asasnya tiada perbezaan cuma penindas dan masa yang berlainan yang menjadi watak dan latar masa. Soviet dengan pengaruh politiknya dan regim dengan kepentingan hergemoni di Timur Tengah menggunakan pendekatan yang sama dalam mengekang kebangkitan dan memencilkan pihak yang berani mendongak untuk berhadapan dengan mereka. Jika dahulu Berlin mempunyai Reagan yang berani mencabar Gorbachev untuk datang dan meruntuhkan Tembok Berlin demi keamanan dan kesejahteraan Eropah Timur maka penulis tertanya-tanya siapakah pula yang akan merangkul peranan sebagai Reagan dan Gorbachev di Timur Tengah ini?
Persoalan yang menjadi tanda tanya kemudian harinya adakah rejim juga akan menemui nasib yang sama seperti Kesatuan Soviet? Tersungkur dan dibaluti tirai besinya sendiri. Masa yang akan memutarkan watak-watak ini untuk menjadi tatapan generasi dunia akan datang mengenai nasib dan sejarah bangsa Palestin. “Tear down this wall!”


No comments:
Post a Comment